WELCOME AND HAVE FUN

Thursday, January 14, 2010

KURSUS PEMANTAPAN LAMAN WEB SEKOLAH

Kursus pemantapan laman web sekolah yang dianjurkan oleh Seruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada 15 hingga 16 Disember 2009 untuk kumpulan 1 dan 16 hingga 17 Disember 2009 untuk kumpulan 2. Kursus selama 2 hari ini bertempat di BTPN Skudai bertujuan mempelajari perisian Joomla dan suaikenal antara sesama fasilitator schoolnet zon selatan seramai 156 orang. Kumpulan 1 terdiri daripada daerah Batu Pahat, Muar dan Johor Bharu manakala kumpulan 2 terdiri daripada daerah Kluang, Pontian, Segamat, Kulai dan Kota Tinggi dan tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada fasilitator schoolnet daerah Mersing yang mempunyai 7 orang ahli.

Pada hari pertama, pendafaran ahli bermula dari jam 10 pagi dan disusuli dengan suaikenal pada jam 12.00 tengah hari. Perisian jomla dimulai dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang dan bersambung pada jam 8.00 malam hingga 10 malam. Pada hari kedua, “checkout” pada jam 9 pagi bagi kumpulan 1 manakala pendaftaran bagi kumpulan 2. Program suaikenal antara fasilitator schoolnet zon selatan dimulai pada jam 12 tengah hari. Pada jam 3 petang, perjumpaan antara FS dengan wakil JPN iaitu Puan Bahariah bt Temu selaku ketua sector pengurusan maklumat ICT dari JPN Johor.Sesi soal jawab menjadi tegang kerana pihak JPN tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul disetiap sekolah seperti pemohonan penukaran sistem ADSL. Oleh itu, sistem yang sedia ada tidak dapat menerima apa-apa perubahan kerana kekurangan bajet. Apa yang menjadi harapan pihak JPN ialah cuba membantu setakat yang termampu dalam memberi perubahan terhadap ICT di sekolah tersebut kerana faktor peruntukan yang ditarik balik serta kekurangan bajet bagi tahun 2010. Selain itu, masalah guru besar yang tidak tahu skop kerja FS, membebankan lagi tugas sebenar FS yang mana tiada peluang untuk menunjukkan kesan tugas FS yang sebenar di sekolah.

Harapan yang ada untuk setahun lagi bagi mengekalkan jawatan FS dalam pentadbiran awam adalah seperti zarah-zarah molekul di udara yang tidak dapat dicapai. Harapan hanya tinggal harapan dan berdoa agar wujudnya FS disekolah bagi membantu pelajar luar bandar mempelopori dunia ICT serta mengurangkan jurang ilmu agar lahir budaya celik IT dikalangan komuniti luar bandar.



No comments:

Daisypath Friendship tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers