WELCOME AND HAVE FUN

Monday, April 16, 2012

Sekilas : "Muntahlah atas tangan Amid"

Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan......

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

"Muntahlah atas tangan Amid."

17 tahun dulu....

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu,
saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya
Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?" soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu.

Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,"

jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam,
masa seronok budak-budak pun masih belum habis," hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"
pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan
budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.

Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak.
Amid tak nak tinggalkan mak," katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?"

soal saya masih tidak percaya.

"Betul,"
balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah,"
kata saya selepas lama termenung.

Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke
dalam rumah.

Saya termenung di serambi Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan
terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti
kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur
pun sudah mencecah 29 tahun.

Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu
bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.

Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya
yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amid lah anak
yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu
tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup,
saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap
kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih
dahulu.

Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya.
Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.

Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti
Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di
sana, tetapi dia menolak.

Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?

Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?

Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.

Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.

Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.

Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun
tak apalah," kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya
mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak
akan setuju untuk ke Kuala Lumpur .

Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh
berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak
yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan
mendahulukan emak.

Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah
sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.

Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata
untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus
membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk
membeli barang tersebut.

Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia
tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami
adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki
untuk menjaga emak.

Maklumlah, kami di Kuala Lumpur . Tetapi Amid memang tidak mengecewakan
kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di
ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di
biliknya selama emak terlantar.

Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta,
Amid pasti terjaga.

"Kenapa mak?

Mak nak buang air ke?

Lapar? Mak nak minum?"

Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.

Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid
akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.

Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh
emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,
ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun
mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa
nak muntah sangat-sangat.

Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan
keadaan emak, amid membatalkan hasratnya ke dapur.

Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak
muntah di telapak tangannya.

Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun
tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.

Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini,
apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.

Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika
dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh
adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.

Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing
sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga
emak sehingga sembuh sepenuhnya.

Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin
hidup Amid tidak pernah berubah.

Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk
makan tengah hari.

Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan
lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun
yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu
kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup
matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke
arah itu.

Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu
di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004....

AJAL dan maut di tangan Tuhan.

Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak
menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.

Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini....

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid
menunaikan solat Asar.

Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk
menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh.
Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00
petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan
kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek,
Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu
itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka
sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid
sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba....
prangggggg. tuuuuummmmt!!!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor
dan Ana terperanjat.

Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam
di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira
dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman
petir itu.

Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa
seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,

"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di
kebun.

Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh
juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid

Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk
keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh
dari rumah mereka itu.

Sampai di sana ...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"

jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon
sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,
tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.

Cerita Mek kepada saya...

ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan
lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke
paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah
meninggal dunia.

Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek
pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada
mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.

Cerita Mek,

mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan
kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota
badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan
dan tangannya dikiamkan ke dada.

cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku
diselimuti kain kapan di ruang tamu.

Saya termasuk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk
menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk
orang-orang kampung membacakan surah Yasin.

Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai
urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah
Yasin.

Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang
khusyuk membaca Yasin.

Tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di
kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi
lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.

Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing
dan galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke
tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu
hilang serta-merta.

Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi
juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum
ini. Baunya amat harum.

Saya mencari cari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain
yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.

Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih
terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau
haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati
bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau
bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,
Tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu
taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu
pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak
membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan
orang-orang tua di akhbar atau majalah, pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya,
namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan
terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya
kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya,
membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat
seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir
hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;
Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku
dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah),
kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".
- Surah Luqman ayat 14.

Monday, October 17, 2011

Ayat Al-Kursi is the most powerful ayah in the Quran


Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi-Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin-Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki-Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan Maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:



1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.




2) Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.



3) Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.



4) Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.


5) Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.



6) Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.



7) Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.


8) Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.



9) Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.



10) Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)




Here is a link where you can hear the audio as well:http://www.mounthira.com/learning/ayat/alkursi/ayatulkursi/

Thursday, July 21, 2011

Qada and Qadar ------ Rukun Iman kE - 6

FROM STatement : http://www.harmonisers.net/forum/forum_posts.asp?

"Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian seperti mana yang telah ditetapkan.

Sebagai contoh, sebelum kejadian alamsemesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang telah berlaku tanpa dapat dihalangi.

Allah menetapkan satu bahagian oksigen perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila. Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru, hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar. Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq didalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: "Imam Al-Khathabi telah berkata: 'Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..' Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu."

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan
beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: "Mengapa kamu mencuri?" Lelaki itu menjawab: "Kerana Allah telah mentakdirkan ini keatas diri saya." Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: "Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya." Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: "Mengapa hukumannya begitu berat?" Berkata Omar Al-Khattab ra: "Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah." Maksudnya,manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar. Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah OmarAl-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
Omar ra: "Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?' Omar ra menjawab: "Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain." (Tarikh At-Tabari) Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman:"Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu." (Surah Qaaf ayat 29) Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau 'takdir yang pasti' dan mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu'allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh,jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan kedalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: "Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata: "Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan."Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecualiperbuatan yang baik." (TIrmIzi) Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: "Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong didalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan."Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia."

Statement.... Getting MARRIED... FROM PaGi Show...Fly Fm

21 July 2011, 7.30 am

As usual i listen to radio during drove to work... and my favorite is fly fm...(nADIA, prEm)
But today topic make me sick....

HELLo......!!!
Where you come from....
Why you make people angry early morning?

It's our way to show our care,
Your statement "You hate people ask you when you want to get marry... ?
By the way they also say why people don't ask " When you want to die...?

Are You REalY HUMAN...

People ask what relate to life not to death... If You mention death to other people, that mean you hope he will be dead... It's not funny. You are so mean. Even this is quite annoying but it's a life cycle.

During your child or teenager, it's true people keep ask you "Do you study?" The positive is to make sure you don't forget to study.... and also to make sure you don't forget your job as a student.... If you not study, what you will become? Thank's to you mom.....her gratefully make what you are now. Also the TEACHER.....Don't FORGET...

During your career, it's true people keep ask you "Do you work?" The positive is they want to know what are you become now.... maybe annoying but if you are degree holder and you don't have any job... yes it's annoying and it happen to me also but i'm muslim and i have to accept it because may be it make me upset, but it turn something else... you want to be someone... doing business or else, and not just only hopping for government job. But you have to believe qada and qadar.... it's god will... we just doa and usaha..... that the main thing.... we not free thinker..... We have to believe on god will... and All come with his will.... just doa and usaha....

During you above 25, it's normal if people ask you, do you married, when you want to get marry, and after married, do you have children?..... if below, yes people say, cepatnye kahwin" coz in this year people get married 25 - 30..... if above.... they say " lewatnye you kahwin". Just say, Insyaalah, dengan izin Allah..... easy right....

It's normal.... this is our care... maybe you hate it but after you have your own child, you will know. You want the best for your child. It's nature.... being mom, you want to talk a lot of you child and gain so many experience on how to become a mom. That's why you ask them, do you have child.... You don't think that people know all about you all the time, they ask you because they want to know direct from you. If you know from other people, that how people talk about you. You will experience as so many, example having mother in law situation, having their way as help you bringing your children and family from the other side. Sometime you want to stay alone and keep people from reaching you but you can't, people is around you and you have to accept.

If you keep asking like this, may be you die and other people think, " lantaklah dia dah mati" . Do you want to be like this? And on your funeral, no one come..... don't be so ridiculous.

You also know the job of reporter, yes annoying, but if you don't do you job, just quit.... You work in this kind of area, you know the best. You also report other people life .... SO Plez....
For me also, to become something new, yes it's annoying but after that we also become like that, caring for people. You will know that this is the way people show their care. Say sorry to all of your family and people around you........If your mom know, do you know how she feel.... THINK BEFORE YOU SAY.

The last thing is, plez pray to Allah and hope the best from him...... Don't always say to other people as "penyibuk" ... it's very hurt....!!!!